Konsert Mawi ditunda hingga Julai 2025, netizen dakwa tiket tak laku?

LocalEntertainment
16 Dec 2024 • 4:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Netizen dakwa Konsert Mawi ditunda bukan kerana mahu menghormati mangsa-mangsa banjir, namun ini kerana tiket konsert juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) tak laku.

Menerusi satu hantaran di Instagram, penganjurnya iaitu Showtag Asia memaklumkan kepada orang ramai bahawa mereka terpaksa menangguhkan konsert tersebut bagi menghormati mangsa banjir di negeri-negeri terkesan.

Konsert Mawi ditunda, netizen dakwa tiket tak laku?

Instagram will load in the frontend.

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi semasa, khususnya bagi menghormati para peminat dari negeri-negeri yang terkesan akibat bencana banjir.

“Kami memahami kesukaran yang dihadapi oleh masyarakat ketika ini dana atas dasar keprihatinan serta keutamaan terhadap keselmatan dan kesejahteraan semua pihak, konsert ini diputuskan untuk ditangguhkan,” kata Showtag Asia dalam kenyataan itu.

Dalam pada itu, Showtag Asia turut memaklumkan penundaan itu juga memberi peluang pihak mereka untuk memastikan persiapan bagi konsert itu lebih rapi.

image is not available

“Penundaan ini sekaligus menawarkan pengalaman konsert yang lebih baik kepada semua peminat. Kami percaya langkah ini adalah yang terbaik untuk semua pihak yang terlibat,” jelas Showtag Asia.

Showtag Asia turut memaklumkan tiket-tiket yang telah dibeli juga masih sah untuk tarikh yang baharu iaitu pada Julai 2025 namun tarikh sebenar masih belum dinyatakan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang meluahkan rasa tidak puas hati terhada penundaan tersebut susulan ia tempoh penangguhannya yang terlalu panjang.

Orang dah ambil cuti, penganjur tak buat research dulu ke?

image is not available

Tunda bagitau la tarikh terus

image is not available

Konsert Mawi ditunda, terlalu lama tempohnya

image is not available

Kesian siapa yang dah beli tiket penerbangan dan hotel

image is not available

Dalam pada itu, terdapat juga warganet yang mendakwa penundaan itu bukannya disebabkan bencana banjir namun kerana tiket konsert tersebut tidak laku.

Cakap je la tiket tak laku

image is not available

Konsert Mawi ditunda, mungkin tak laku?

image is not available

Tak perlu guna alasan nak hormat mangsa banjir

image is not available

Tiket tak laku jujur je

image is not available

Malah, ada juga pembeli tiket yang meminta wang yang telah mereka belanjakan untuk konsert tersebut termasuk tiket penerbangan serta penginapan dibayar semula.

Bayar balik je Mawi….

image is not available

Macam mana nak refund???

image is not available

Sementara itu, menerusi tinjauan ke laman sosial Mawi, penyanyi tersebut tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kecuali kenyataan daripada Showtag Asia.

Terdahulu pengumuman mengenai Konsert Tsumawi Live In Kuala Lumpur dilakukan pada sidang media 17 September lalu.

image is not available

Pada acara yang sama Mawi telah melakukan gimik membotakkan kepalanya seperti zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu.

Sumber: Instagram Showtag Asia