Konsert Memento Mori satukan tujuh anggota asal Exists

EntertainmentMusic
3 Aug 2026 • 5:29 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Konsert Memento Mori

PETALING JAYA: Penantian peminat selama 35 tahun akhirnya terubat apabila tujuh anggota asal Exists kembali berkongsi pentas menerusi konsert Exists: Memento Mori di Unifi Arena, Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Konsert yang berlangsung hampir tiga jam itu menghimpunkan Ajai, Along, Ujang, Musa, Shah serta dua vokalis ikonik, Mamat dan Ezad Lazim, sekali gus mengembalikan nostalgia perjalanan kumpulan berkenaan sejak awal penubuhannya.

Konsert Memento Mori

Di hadapan kira-kira 9,000 penonton, Exists mempersembahkan 34 lagu termasuk deretan karya malar segar serta beberapa lagu yang jarang dipentaskan seperti Kuman H.I.V, Hani Lempengnya Hangus, Oh Benih Adam dan Konklusi.

Konsert itu turut menyaksikan Exists mempersembahkan buat kali pertama single terbaharu mereka, Memilih Yang Salah.

Konsert Memento Mori
Selain itu, susunan muzik yang diberi nafas baharu berjaya mengekalkan identiti Exists tanpa menghilangkan keunikan karya asal serta keserasian tujuh anggota di atas pentas turut menyerlah sepanjang persembahan.

Sementara itu, suasana arena semakin meriah apabila penonton menyanyikan hampir setiap lagu bersama kumpulan itu, sekali gus membuktikan karya Exists masih mendapat tempat dalam kalangan peminat lama dan generasi baharu.

Konsert Exists, Memento Mori bukan sekadar menghimpunkan semula tujuh anggota asal, malah menjadi simbol penghargaan terhadap perjalanan seni kumpulan itu yang telah mewarnai industri muzik tanah air selama lebih tiga dekad.

The post Konsert Memento Mori satukan tujuh anggota asal Exists appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved