Konsert Nidji Dan SOG Di Sabah Ditangguh, Penganjur Umum Tunda Ke Disember Ini

24 Aug 2022 • 10:07 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jangan sedih guys, bukan dicancel tapi ditangguh sahaja

Konsert Nidji Dan SOG Di Sabah Ditangguh, Penganjur Umum Tunda Ke Disember Ini. Anak-anak 90-an mesti pernah lalui demam muzik Indonesia yang pernah melanda di negara, kan? Tipulah kalau korang tak pernah layan lagu Indonesia.

Mesti ramai yang dah tak sabar dengan acara The Fest X City Concert 2022 yang bakal diadakan dalam 3 hari ini di Kota Kinabalu, Sabah. Namun, acara yang sepatutnya bakal berlangsung pada 31 Ogos ini, telah diumumkan ditangguh dan ditukar ke tarikh baharu iaitu pada bulan Disember ini.

image is not available
Konsert Nidji Dan SOG Di Sabah Ditangguh, Penganjur Umum Tunda Ke Disember Ini. Sumber gambar: Twitter @thefestkk

Kenyataan ini telah dimuat naik oleh penganjur konsert ini sendiri di laman sosialnya.

Jelas mereka, pihak pengurusan FEST ORGANIZER SOLUTION telah memutuskan untuk menangguhkan acara tersebut yang sepatutnya berlangsung pada 27 Ogos 2022 hingga 4 September 2022 kepada tarikh baharu iaitu 24 Disember 2022 hingga 1 Januari 2023.

Walau bagaimanapun, alasan ianya ditangguh tidak dinyatakan dalam kenyataan tersebut. Namun, pihak mereka bakal menjelaskan butiran penangguhan dan bayaran balik kepada pengunjung yang telah melakukan pembelian tiket acara ini.

image is not available
Sumber gambar: Twitter @thefestkk

Dalam acara ini juga bakal ada dua band yang cukup terkenal di dunia muzik tempatan iaitu Nidji dan Sekumpulan Orang Gila. Haa yang peminat lagu indie ni, korang mesti kenal sangat dengan kumpulan SOG kan?

Bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan konsert ini, boleh follow page kami di ILoveBorneo dan ILoveKuching.

Lagi artikel menarik yang anda boleh baca boleh klik di pautan bawah: