Konsert pamer dinamik hubungan guru & murid

18 Dec 2023 • 1:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SETELAH setahun hasrat terpaksa dilupakan sementara, Datuk M Nasir dan Datuk Hattan akhirnya berkongsi satu pentas menerusi Konsert Sifu Dan Aku di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), 3 Februari depan.

Dua penyanyi tersohor ini juga menjanjikan persembahan di luar kotak sempena konsert berskala besar yang julung kali menggandingkan guru dan anak murid ini selama lebih 38 tahun.

Menjadikan Kota Kinabalu sebagai destinasi pembuka tirai, Hattan atau nama lengkap Mohd Shukri Shahabudin, 59, berkata dia melihat potensi Sabah khususnya SICC sebagai ‘pusat sehenti’ untuk pementasan konsert di Borneo.

“Sabah umpama rumah kedua saya kerana memang saya datang ke sini setiap tahun. Malah, saya sudah sampai ke seluruh pelusuk Sabah, termasuklah Felda Sahabat.