Konsert Pinkfish: Polis sahkan ada dadah dalam darah empat maut

LocalEntertainment
18 Jan 2025 • 12:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis mengesahkan empat individu yang maut semasa menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada 31 Disember lalu, mempunyai kandungan dadah dalam darah mereka.

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan empat individu yang maut semasa menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada 31 Disember lalu, mempunyai kandungan dadah dalam darah mereka.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, ini berdasarkan dapatan analisis toksikologi daripada Jabatan Kimia, minggu lepas.

"Laporan telah diterima dari Jabatan Kimia, darah kesemua si mati mengandungi kandungan dadah dan telah dirujuk ke pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan laporan penuh.

"Setakat ini, pihak polis telah merakam keterangan seramai 52 orang saksi terdiri daripada rakan-rakan mereka yang maut dan petugas konsert tersebut.

"Manakala status seorang lagi mangsa lelaki berusia 30 tahun di PPUM masih belum diambil keterangan dan menunggu kebenaran dari pihak PPUM.

"Individu yang telah diberikan keluar dari PPUM dan diambil keterangan juga mempunyai kandungan dadah di dalam darah," kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.

Sebelum ini, polis sudah merakam keterangan seorang lagi individu yang dirawat di PPUM bagi membantu siasatan kes kematian empat pengunjung konsert ambang tahun baharu.

Wan Azlan dilaporkan berkata, individu berkenaan yang sebelum ini menerima rawatan di PPUM sudah dibenarkan pulang dan keterangannya diambil pada 8 Januari lalu.

Terdahulu media melaporkan, siasatan awal polis mendapati empat mangsa yang meninggal dunia selepas menghadiri konsert itu disyaki terbabit dalam pengambilan dadah jenis ekstasi. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved