Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

EntertainmentMusic
17 Jun 2026 • 2:59 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Sambutan hangat peminat tempatan terhadap konsert Rumah Hati Fabio Asher dan Nadhif Basalamah Live in Kuala Lumpur terbukti apabila kira-kira 80 peratus tiket persembahan itu telah terjual setakat ini.

Penyanyi Indonesia, Fabio Asher berkata, perkembangan positif itu menjadi pemangkin buat beliau dan rakan artis senegaranya, Nadhif Basalamah, untuk memberikan persembahan terbaik kepada peminat di Malaysia.

Menurut beliau, pelbagai persiapan termasuk latihan intensif dan perbincangan terperinci sedang dilakukan bagi memastikan konsert yang berlangsung di Megastar Arena pada 26 Julai depan tampil lebih tersusun dan meninggalkan pengalaman baharu buat penonton.

“Kemungkinan akan ada gabungan lagu-lagu popular kami serta beberapa kejutan yang masih dirahsiakan buat peminat yang hadir pada malam itu,” katanya pada sidang media konsert yang berlangsung secara dalam talian baru-baru ini.

Bagi Nadhif pula, Malaysia sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam perjalanan seninya memandangkan beliau kerap berkunjung ke Kuala Lumpur selain menerima sokongan berterusan daripada peminat tempatan.

Katanya, persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

“Muzik dapat menggantikan tenaga dengan cara yang kita tidak faham,” katanya.

Konsert bertemakan “Satu Rasa, Dua Cerita” itu turut menjadi gandingan sulung Nadhif dan Fabio di atas pentas, dengan kedua-dua artis berusaha membina keserasian bagi menjayakan persembahan istimewa tersebut.

Tiket konsert dijual pada harga RM98 hingga RM888 dan boleh dibeli di www.ilassotickets.com - Getaran, 17 Jun 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved