Konsert Sembilu 2.0 kembali dengan skala lebih besar

EntertainmentMusic
27 Nov 2026 • 6:07 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Konsert Sembilu 2.0 kembali dengan skala lebih besar

KUALA LUMPUR – Konsert Sembilu 2.0 The Last Reunion Live in Concert bakal kembali dengan skala lebih besar dan produksi lebih mega pada 16 Januari 2027 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Dianjurkan TJTM Entertainment, konsert itu mengangkat tema The Last Reunion sebagai sebuah pertemuan istimewa yang mengembalikan nostalgia fenomena filem Sembilu kepada peminat.

Meneruskan kejayaan konsert terdahulu pada Februari lalu, edisi kali ini menampilkan peningkatan dari segi skala produksi, konsep persembahan, susunan muzik serta pengalaman hiburan lebih eksklusif.

Peminat turut boleh menjangkakan susunan muzik yang diperbaharui dan rangkaian lagu ikonik daripada filem Sembilu, selain elemen kejutan menerusi barisan artis yang identitinya masih dirahsiakan menjelang pengumuman rasmi.

Penganjuran konsert ini diterajui TJTM Entertainment di bawah naungan pereka fesyen, Ezuwan Ismail, yang sebelum ini turut menerajui konsert Sembilu dan 40 Dekad Fauziah Latiff di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre.

Jualan tiket dibuka mulai 27 November, jam 12 tengah hari menerusi www.ilassotickets.com/sembilu2. Konsert bermula 8.30 malam, dengan diskaun 5 peratus untuk pembelian awal selama seminggu serta diskaun 10 peratus kepada pembeli tiket konsert Sembilu terdahulu.

The post Konsert Sembilu 2.0 kembali dengan skala lebih besar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved