Konsert Spider Keluar Sarang Live In KL temui peminat Jun ini

Music
19 Apr 2024 • 3:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kumpulan Rock Malaysia popular, Spider bakal menemui para peminat menerusi Konsert Spider Keluar Sarang yang berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur (KL) pada 22 Jun ini.

Konsert Spider Keluar Sarang Live In KL!

image is not available

 

Antara lagu-lagu hits akan dipersembahkan adalah Kasih Latifah, Cinta Dewa Dewi, Aladdin, Laukku Cukup Masin dan Nazraku yang sudah tentu ditunggu-tunggu oleh peminat.

Penganjur IFIX Entertaiment yang telah lama mengikuti perjalanan seni kumpulan ini menyifatkan setiap karya yang dihasilkan oleh Spider mempunyai mesej dan maksud tersirat.

image is not available

Mereka berkata, memandangkan ketiadaan konsert solo untuk jangka masa yang lama serta kredibiliti tinggi yang dimiliki oleh kumpulan Spider telah membuatkan pihak penganjur berasa bangga untuk menjayakannya nanti.

“Dengan kredibiliti Spider ditambah mereka sudah lama tidak melakukan konsert solo sendiri, IFIX Entertaiment berbesar hati membawakan Spider Keluar Sarang Live in Kuala Lumpur 2024 pada 22 Jun 2024,” ujarnya.

Sementara itu, vokalis kumpulan ini, Tam menganggap kesepakatan antara kumpulan dan pihak penganjur dapat dicapai dengan baik kerana keselarasan dalam konsep dan misi yang dibawa.

“Konsep ‘Keluar Sarang’ yang dicapai bersama IFIX Entertaiment menjadi pertaruhan kami kerana peminat sedia maklum sudah cukup lama Spider tidak beraksi di pentas dalam konset berskala besar,” katanya.

Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafah berkata, Spider Keluar Sarang ini bakal menjadi medan pertempuran paling mengasyikkan yang pernah mereka adakan.

image is not available

Tiket mula dijual dengan harga RM179 (Aladdin), RM199 (Mungkinkah Terjadi) sehingga RM259 (Relaku Pujuk) yang boleh dibeli melalui tapautix.asia.

Bagi pembelian tiket VIP, orang ramai boleh menghubungi talian +6019-2222192 atau menerusi emel ifixentertaiment23@gmail.com.