Kontinjen I$r@e! dicemuh ketika menelusuri Sungai Seine di Sukan Olimpik Paris

27 Jul 2024 • 12:14 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Sukan Olimpik 2024 di Paris telah membuka tirai secara rasmi pada malam tadi.

Pelayaran masuk kontinjen-kontinjen dari beberapa negara belayar mengelilingi Sungai Seine di Paris mencuri tumpuan ramai.

Selain tumpuan terhadap pasukan negara sendiri yang memakai busana rekaan pereka fesyen Rizman Ruzaini, pakaian atlet dari negara lain tidak kurang hebatnya.

Namun begitu, sebaik sahaja nama kontinjen dari Israel diumumkan, kedengaran penonton dan orang ramai menjerit dan mencemuh pasukan berkenaan.

https://www.tiktok.com/@radiotelevisyenmalaysia/video/7396035890654596360?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7396156794772964872

Bukan sahaja penonton, malahan jurukamera juga tidak memberi fokus lensa kamera kepada pasukan berkenaan tetapi hanya mengambil gambar pemandangan di Sungai Seine dan gambar sipi helikopter.

Sebaik sahaja pasukan dari negara Itali diumumkan, lensa kamera terus fokus pada kibaran bendera dan atlit-atlit negara itu.

Sukan Olimpik kali ini dilihat mendapat kritikan ramai kerana rata-rata menganggap satu pembukaan yang hambar. Bagaimanapun, ia satu usaha yang dibuat oleh negara berkenaan bagi menonjolkan budaya dan sejarah negara mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved