Kontrak Mencari MH370 Dilanjutkan Setahun Lagi

29 Jun 2026 • 8:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kabinet meluluskan perjanjian antara Malaysia dan Ocean Infinity untuk mencari MH370 dilanjutkan selama 1 tahun, bermula 1 Julai 2026 hingga 30 Jun 2027. Seperti perjanjian asal 18 bulan yang dipersetujui tahun lalu, kontrak lanjutan masih mempunyai syarat tiada bayaran akan diterima sekiranya pesawat Boeing 777-200ER dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal tidak berjaya ditemukan.

Image from: Kontrak Mencari MH370 Dilanjutkan Setahun Lagi

Kontrak degan Ocean Infinity yang berpangkalan di Amerika Syarikat dilanjutkan bagi melengkapkan baki kawasan pencarian seluas 7,428.54 km². Dalam dua misi yang dilakukan selama 28 hari sebelum ini, misi hanya berjaya melakukan pencarian dalam 7,571 km² daripada 15,000 km² kawasan yang dipercayai mungkin lokasi akhir MH370. Sekiranya pesawat berjaya dijumpai, Ocean Infinity akan menerima bayaran $70 juta (~RM 285 juta).

Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 masih belum terungkai walaupun sudah lebih 12 tahun. Sejak insiden berlaku beberapa penambahbaikan pada sistem penjejakan pesawat telah diperkenalkan. Sistem satelit Iridium-Aireon kini menjejak lokasi pesawat secara masa nyata dan bukan lagi setiap 15 minit sebelumnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved