Kontraktor Dan Majikan Didakwa Mengambil 17 Pekerja Asing Tanpa Permit Di Miri

29 Mar 2024 • 12:18 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

17 Pekerja Asing Tanpa Permit Turut Ditahan Pihak Jabatan Imigresen

Kontraktor Dan Majikan Didakwa Mengambil 17 Pekerja Asing Tanpa Permit Di Miri. Sejumlah 17 warga asing ditahan semalam di Miri atas pelbagai kesalahan, menurut Jabatan Imigresen Sarawak.

Dalam kenyataan di laman Facebook, pihak Jabatan menyatakan Unit Penguatkuasaan Imigresen Bahagian Miri menjalankan pemeriksaan di dua premis makanan di Boulevard Commercial Centre dan Taman Tunku serta mendapati mereka menggajikan warga asing tanpa permit kerja yang sah.

image is not available

Kontraktor Dan Majikan Didakwa Mengambil 17 Pekerja Asing Tanpa Permit Di Miri

“Pemeriksaan turut dijalankan pada hari yang sama ke atas sebuah rumah yang sedang diubah suai di Taman Tunku dan disyaki kontraktor menggajikan warga asing,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, ke-17 individu ditahan kerana bekerja tanpa permit yang sah dan menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka.

Jabatan itu turut mengatakan tiga warga tempatan turut ditahan kerana menggajikan warga asing tanpa permit kerja yang sah.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Mereka juga disiasat di bawah Peraturan 11(7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” kata kenyataan tersebut.

Baca juga artikel berkaitan di bawah: