Kontraktor didakwa dera anak, 11

LocalFamily & Parenting
7 Aug 2025 • 1:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang kontraktor berumur 43 tahun didakwa mendera anak lelakinya yang berumur 11 tahun dengan memukul dan menendang kanak-kanak terbabit.

Shahnawan Jacob mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan terhadap pertuduhan dihadapinya.

Dia didakwa mendera secara fizikal kanak-kanak itu pada jam 7 malam, 24 Julai lalu di sebuah rumah di Kampung Inanam Laut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Kesalahan imengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 itu membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 9 September untuk sebutan dan tidak menawarkan jaminan kepada Shahnawan yang diperintahkan untuk direman lanjut sementara menunggu kesnya selesai.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Bryan Francis membantah permohonan jaminan terhadap Shahnawan atas alasan kesalahan itu serius dan dia mungkin mengganggu saksi terutamanya kanak-kanak itu memandangkan mereka tinggal serumah.

Shahnawan yang tidak diwakili peguam memohon agar diberikan jaminan kerana perlu meneruskan kerja.

Dalam kes berasingan, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun mengaku bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap jirannya menggunakan pedang.

Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain menangguhkan hukuman terhadap Aidil Rahim ke 13 Oktober ini sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Aidil didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Abd Basa Akub menggunakan senjata itu pada jam 6.40 petang, 24 Julai lalu di sebuah rumah di Kampung Saga, di sini.

Sementara menunggu tarikh itu, Aidil diperintahkan untuk direman.

TPR Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir mengendalikan pendakwaan.