
Kota Kinabalu: Seorang wanita berumur 39 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menipu seorang lagi wanita sebanyak RM11,820.
Nur Atiqah Jessica, seorang kontraktor, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas pertuduhan menipu Sylvrina S. Motiung sebanyak RM11,820 dengan secara tidak jujur mendorong mangsa menyerahkan wang terbabit antara 15 Disember 2024 hingga 1 Mac tahun ini.
Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Inspektor Yusdi Basri yang melakukan pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000.
Peguam Lim Ming Zoong @ Lawrence yang mewakili Nur memohon jumlah jaminan lebih rendah dengan alasan anak guamnya sudah berkahwin dan bekerja sebagai kontraktor.
Marilyn menetapkan 23 September untuk sebutan kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,500 dengan dua penjamin.
Dalam kes berasingan, dua individu didakwa memiliki 1,500ml Mitragynine – sejenis racun berjadual di bawah Akta Racun.
Mohd Jamil Taib, 33, dan Nur Arfidzuan Ajib, 20, didakwa memiliki Mitragynine yang tersenarai dalam Jadual Ketiga (Bahan Psikotropik) di bawah Akta Racun 1952 pada jam 3.20 petang, 12 Julai lalu, di sebuah rumah di Kg Gudon, Manggatal.
Mereka didakwa bersama di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Inspektor Yusdi Basri, yang melakukan pendakwaan, memohon satu lagi tarikh sebutan sementara menunggu laporan kimia.
Beliau membantah jaminan untuk Jamil kerana dia memegang kad pengenalan pemastautin sementara (MyKAS) dan mencadangkan jaminan RM5,000 untuk Nur.
Mahkamah menetapkan 23 September untuk sebutan dan memerintahkan Jamil direman lanjut manakala Nur dibebaskan dengan jaminan RM1,400 serta dua penjamin.

