Kontraktor dituduh bunuh penganggur

12 Jan 2023 • 11:59 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tuan Mohd Ridzwan (dua dari kiri) dikawal polis keluar dari lokap menuju ke bilik Mahkamah Majistret Pasir Puteh.

PASIR PUTEH - Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini pada Khamis atas tuduhan membunuh seorang lelaki dua tahun lalu.

Tertuduh, Tuan Mohd Ridzwan Tuan Mohamad, 34, atau dikenali sebagai Iwe Telosan didakwa di hadapan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh penganggur, Che Sobrie Che Ali, 37, di Kampung Saring, di sini antara jam 9.30 malam hingga 10 malam pada 1 Ogos 2021.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asma’a Che Omar manakala tertuduh diwakili peguam, Wan Mohd Ikram Wan Ibrahim.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 12 April ini bagi mendapatkan laporan kimia dan pasca nilai.

Tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Akhbar sebelum ini melaporkan Polis Kelantan mengesan Iwe Telosan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang meninggal dunia dalam keadaan terbaring di hadapan rumah dengan kesan cedera di bahagian dahi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved