Kontraktor Pelaksana JENDELA Kena Penalti, Gagal Siapkan Projek Di Pedalaman Sabah Sarawak

30 Jun 2024 • 6:01 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Projek sepatutnya siap pada tahun 2022

Kontraktor Pelaksana JENDELA Kena Penalti, Gagal Siapkan Projek Di Pedalaman Sabah Sarawak. Beberapa kontraktor Jalinan Digital Negara (Jendela) akan dikenakan penalti termasuk kajian semula kontrak susulan kelewatan projek di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, turut menyuarakan kekecewaan dengan prestasi kontraktor projek fasa satu berkenaan sepatutnya siap 2022.

image is not available
Kontraktor Pelaksana JENDELA Kena Penalti, Gagal Siapkan Projek Di Pedalaman Sabah Sarawak. Sumber: FMT

Bagaimanapun, hingga kini kontraktor pelaksana dalam tempoh lanjutan masa untuk menyiapkan baki 20% kawasan yang belum dilaksana.

“Jendela fasa satu masih dilaksanakan. Masih ada kontraktor yang belum siap. Hari Jumaat lalu saya ke Sarawak untuk tinjau perkembangan Jendela fasa satu.

“Sekarang semua (kontraktor pelaksana) yang belum siap di bawah tempoh lanjutan masa, jadi kami tidak puas hati kerana sepatutnya (fasa satu) telah siap 2022.

“Kementerian akan mengenakan penalti terhadap beberapa kontraktor pelaksana yang dikenal pasti atau kita kaji semua kontrak tersebut,” katanya selepas satu majlis di Kulai menurut Berita Harian.

image is not available

Teo berkata, pihak kementerian sedang mengkaji penggunaan satelit di kawasan pedalaman memandangkan gentian optik tidak sesuai dari segi kos.

Jendela dilancarkan pada September 2020 bermatlamat mewujudkan sambungan digital mantap dan mampu milik dengan liputan jalur lebar berkualiti, termasuk mengembangkan liputan 4G kepada 100%, menjelang akhir tahun depan.

Baca lagi artikel menarik: