Kontroversi Program eHati: KPWKM Sedia Hulur Kaunseling Kepada Peserta!

LocalPolitics
21 Aug 2025 • 5:10 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia kpwkm Ehati

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tampil memberi respon berhubung kontroversi program motivasi rumah tangga eHati yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Menurut laporan Buletin TV3, pihaknya bersedia menawarkan khidmat kaunseling kepada mana-mana individu yang terjebak dalam program tersebut dan perkara ini dikatakan sendiri Timbalan Menteri, Datuk Seri Noraini Ahmad.

Selalunya kalau ada kes-kes macam itu, kalau ada laporan pada kementerian maka pertamanya kita akan ada kaunseling yang dilaksanakan oleh kaunselor di bawah KPWKM.

Namun, setakat ini saya belum dapat laporan terperinci mengenai perkara itu.

Ada unsur seksual dan ritual pelik?

image is not available

Program eHati mencetuskan kemarahan ramai selepas didakwa menyelitkan unsur seksual dalam aktiviti yang dihadiri sekitar 50 wanita di Shah Alam.

Lebih mengejutkan, program itu juga dikatakan mengandungi beberapa ritual yang bercanggah dengan akidah Islam, sehingga mencetuskan desakan orang ramai agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

JAIS mula jalankan siasatan

image is not available

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan bahawa JAIS akan memanggil pasangan penganjur program berkenaan untuk memberi keterangan.

Katanya, siasatan segera perlu dilakukan bagi memastikan tidak ada sebarang penyelewengan atau ajaran yang boleh menjejaskan akidah umat Islam.

Pssttt! Hati-hati sebelum sertai mana-mana program motivasi. Jangan mudah terpedaya dengan nama besar atau janji manis dan pastikan ia selari dengan agama dan nilai masyarakat.

Kredit: Buletin TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.