Kontroversi VAR iringi kekalahan Arsenal

Football
29 Dec 2023 • 7:11 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
VAR gagal menentukan sama ada bola telah terkeluar daripada garisan kerana terlindung kaki Jarrod Bowen, namun ulang tayang daripada sudut lain 15 minit selepas jaringan disahkan memaparkan bola terkeluar. Foto Agensi

ARSENAL gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri apabila tewas 0-2 di tangan West Ham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Jumaat.

Ia adalah kekalahan pertama skuad kendalian Mikel Arteta di Stadium Emirates pada musim ini.

Pertembungan di Emirates itu menyaksikan The Gunners lebih mendominasi pasukan pelawat tetapi ketumpulan di jentera serangan menyebabkan anak buah Arteta berputih mata.

West Ham mengejutkan Arsenal menerusi gol kontroversi Tomas Soucek pada minit ke-13.

Jaringan pertama West Ham itu mencetuskan persoalan sama ada bola daripada hantaran Jarrod Bowen telah terkeluar daripada garisan sebelum disempurnakan Soucek dari jarak dekat.

Video bantuan pengadil (VAR) mengambil masa tiga minit setengah untuk menentukan sama ada bola tersebut masih dalam permainan.

Bagaimanapun ulang tayang semula 15 minit selepas jaringan Soucek disahkan pengadil, Micheal Oliver memaparkan bahawa bola jelas terkeluar daripada garisan.

Pasukan pelawat menjaringkan gol kedua menerusi bekas pertahanan Arsenal dari Greece, Konstantinos Mavropanos m-55.

Anak buah David Moyes berpeluang menambah gol ketiga, namun sepakan penalti Said Benrahma pada minit akhir perlawanan berjaya ditepis keluar David Raya.

Ini adalah kali kedua dalam musim ini Arsenal dibolosi menerusi gol kontroversi VAR.

Kekalahan itu menyaksikan Arsenal kekal di tangga kedua liga, ketinggalan dua mata di belakang pendahulu Liverpool.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved