Konvensyen BN Johor dijangka diawalkan: Setiausaha

LocalPolitics
2 Jun 2026 • 3:54 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Konvensyen BN Johor dijangka diawalkan: Setiausaha

JOHOR BAHRU - Konvensyen Barisan Nasional (BN) Johor yang dijadualkan berlangsung pada 14 Jun ini berkemungkinan akan dilaksanakan lebih awal. 

Setiausaha BN Johor Datuk Abdul Halim Suleiman berkata ia susulan perkembangan politik semasa di negeri berkenaan, terutamanya selepas pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semalam.

“Mungkin tukar tarikh, sebelum 14 Jun ini,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.

Semalam, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz mengumumkan pembubaran DUN Johor selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sebelum ini, Onn Hafiz yang juga Pengerusi BN Johor dilaporkan berkata konvensyen berkenaan akan menjadi medan utama untuk memperkukuh tekad, kesatuan serta memperhalusi gerak kerja jentera bagi menghadapi PRN.

BN akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN pada PRN Johor ke-16 ini. - 2 Jun, 2026

The post Konvensyen BN Johor dijangka diawalkan: Setiausaha appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved