Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Madani POLYCC perkasa graduan TVET sebagai tunjang pembangunan negara

20 Oct 2023 • 4:23 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Madani POLYCC perkasa graduan TVET sebagai tunjang pembangunan negara

zakisalleh

20/10/2023 - 16:23

IPOH 20 Okt - Seramai 237 pemimpin pelajar mewakili institusi pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menyertai Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Madani POLYCC 2023.

Konvensyen yang diadakan di kampus Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini memfokuskan kepada kepimpinan golongan muda sebagai tunjang utama dalam pembangunan negara.

Para peserta ini terdiri daripada 92 ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari 32 buah politeknik dan 145 ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) 72 kolej komuniti.

image is not available
Salah seorang peserta pada pentas akhir Kalam Jauhari POLYCC.

Ia dianjurkan oleh Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) serta PUO.

Ini merupakan satu platform terbaik pengukuhan jati diri sebagai pelajar bagi bidang TVET sepertimana yang diteraskan dalam kepimpinan mahasiswa Madani.

Penganjuran konvensyen ini juga selaras dengan matlamat untuk menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 (Pendidikan Tinggi) Lonjakan 1.

image is not available

Antaranya untuk melahirkan graduan holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang dalam domain kemahiran memimpin.

Matlamat seterusnya ialah mewujudkan identiti nasional, kemahiran bahasa, kemahiran berfikir dan pengetahuan.

Secara tidak langsung, ia dapat memupuk budaya kepemimpinan yang mempunyai ciri-ciri madani dalam kalangan mahasiswa demi kelangsungan kepimpinan insani di negara ini.

image is not available
Sebahagian daripada peserta program semasa terlibat dalam pengagihan bantuan makanan program CSR Komuniti Rahmah Tambun.

Terdahulu, majlis perasmian konvensyen telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Zabidi Nasan.

Majlis perasmian turut menyaksikan penyampaian hadiah utama Pertandingan Kalam Jauhari serta pelantikan Pimpinan Rakan Siswa YADIM PUO 2023/2024. - DagangNews.com

View Original Article