Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan isyarat baik buat Muda

Politics
14 May 2023 • 9:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Syed Saddiq

KUALA LUMPUR - Meskipun bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH), namun penyertaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) semasa Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan menjadi isyarat baik untuk diterima dalam gabungan berkenaan.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, walaupun masih belum ada jawapan terhadap permohonan parti itu daripada PH, pihaknya menerima jemputan untuk ke majlis berkenaan.

"Kita sudah menghantar surat sebanyak tiga kali namun belum menerima jawapan.

"Perkara ini perlu diselesaikan secara dalaman, namun jika ditanya apa alasannya (masih tidak diputuskan) adalah lebih adil untuk bertanya kepada mereka.

"Namun perkara ini tidak seharusnya menenggelamkan apa yang berlaku hari ini. Ia adalah petanda baik bahawa kami dijemput menjadi sebahagian daripada konvensyen," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad.

Sebelum itu, Muda telah menjalinkan kerjasama bersama PH bagi menghadapi saingan lawan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Baru-baru ini, Syed Saddiq dilaporkan telah bertemu dengam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan strategi Pilihan Raya Negeri (PRN).