Konvensyen Perdana Momogun 2024 1 Ogos

29 Jul 2024 • 3:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mohd Nazllie Zainul

PENAMPANG: Kongres Nasional Momogun (MNC) dengan Kerjasama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) dan Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS) bakal menganjurkan Konvensyen Perdana Momogun 2024 pada 1 Ogos depan.

Berlangsung di Pusat Kebudayaan Sabah Penampang, tujuan utama konvensyen tersebut adalah bagi mencapai persepakatan dan persetujuan rumpun Momogun Sabah untuk menggesa kerajaan negeri serta Persekutuan mewujudkan istilah “Momogun” dalam borang rasmi kerajaan yang diguna pakai pada masa kini.

Presiden MNC, Tan Sri Wences Angang berkata, seramai 109 perwakilan daripada 52 pertubuhan atau persatuan etnik, badan bukan kerajaan (NGO) dan koperasi pada pra konvensyen pada 22 Jun lalu telah menyuarakan sokongan ke atas inisiatif berkenaan.

“Perkara ini selepas sekian lama dikategorikan sebagai ‘Lain-Lain’ dalam negara sendiri.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Konvensyen Perdana Momogun 2024 nanti akan memberi peluang untuk mengukuhkan lagi sokongan terbabit.

“Selain itu, ia turut memberi peluang kepada pertubuhan atau persatuan lain yang tidak sempat menghadiri pra konvensyen untuk memberi sokongan,” katanya ketika sidang media memaklumkan konvensyen terbabit, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Wences memaklumkan konvensyen tersebut akan dirasmikan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Menurut beliau, upacara penutup kemudiannya bakal disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Katanya, sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh berhubung dengan Setiausaha Agung MNC, Gundohing Philix Laimon di talian 019-8105030.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.