Konvensyen Perpaduan NGO-NGO Islam 2023 Merupakan Inisiatif YADIM Melalui Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) YADIM

Politics
23 Mar 2023 • 10:33 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Cadangan ini bertitik tolak kepada kesedaran dalam kalangan NGO Islam akan kepentingan isu-isu berkaitan perpaduan, ummah, pembangunan ekonomi, tatakelola kerajaan, pendidikan anak muda serta isu-isu lain yang memerlukan penggembelengan usaha bersepadu antara NGO dan pihak kerajaan demi kemaslahatan usaha bersepadu antara NGO dan pihak kerajaan demi kemaslahatan rakyat terutamanya dalam era Kerajaan Perpaduan.

Ia diadakan di Hotel Tenera Bangi, Selangor pada 21 Mac 2023 dan dihadiri kira kira 400 wakil wakil NGO Islam seluruh negara.

Objektif Konvensyen Perpaduan NGO-NGO Islam

1. Menyediakan platform untuk NGO Islam mengemukakan pandangan terkait isu-isu yang menyentuh kepentingan ummah dan negara secara konstruktif.

2. Membolehkan pihak NGO Islam mendapat maklumbalas langsung daripada agensi kerajaan yang berkaitan dalam isu-isu yang dibahaskan.

3. Membangunkan pelan tindakan yang konstruktif bagi dilaksanakan oleh NGO Islam di seluruh negara dalam mewujudkan sebuah negara yang makmur, progresif dan harmoni.

4. Mewujudkan platform kerjasama yang sebenar antara NGO Islam dan agensi kerajaan dalam pelbagai isu yang mempunyai kepentingan bersama.

5. Mewujudkan kesedaran kepada peserta tentang perpaduan dari aspek agama, sosial, ekonomi dan kestabilan politik negara.

image is not available

Pengisian Program

YADIM menjemput juru cakap daripada agensi kerajaan seperti Kementerian Kewangan, ICU JPM, EPU JPM, Kementerian Pendidikan, Kementerian Wanita dan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Hal Ehwal Pengguna serta beberapa lagi agensi kerajaan yang sesuai.

Seramai 6 hingga 8 orang pembentang dari pihak NGO mewakili tajuk ekonomi, sosial, kebajikan, pendidikan, perpaduan, anak muda, kesihatan, alam sekitar akan membentangkan dan tajuk yang sesuai dalam sesi dialog dengan wakil kerajaan.

image is not available