Konvensyen Pilihanraya PKR terbuka kepada semua ahli

Politics
26 Aug 2022 • 10:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rafizi Ramli

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengesahkan Konvensyen Pilihanraya PKR yang akan diadakan pada Sabtu terbuka kepada semua ahli parti itu.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Rafizi berkata, perkara itu diputuskan susulan mendapat permintaan daripada ahli parti di seluruh negara untuk menyertai konvensyen berkenaan.

“Sukacita juga saya maklumkan bahawa penyertaan dari cabang-cabang seluruh negara telah memenuhi jumlah penyertaan yang ditetapkan Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP).

“Oleh itu, saya memohon kerjasama semua anggota yang hadir untuk bersabar jika ada sebarang kekurangan di pihak penganjuran memandangkan kehadiran ‘walk-in’ adalah tambahan kepada perancangan asal,” katanya.

Konvensyen Pilihanraya PKR 2022 akan diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam bermula 2 petang hingga 5 petang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved