Konvoi bantuan WHO untuk 2 hospital di Gaza dirampas penduduk yang kelaparan

26 Dec 2023 • 3:36 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MOSCOW: Konvoi kemanusiaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang membawa bekalan air dan makanan untuk dua buah hospital di utara Semenanjung Gaza, dirampas penduduk yang terdesak untuk mendapatkan makanan dalam kejadian pada Sabtu, menurut Ahmed Al-Mandhari, Pengarah Wilayah WHO untuk Mediterranean Timur.

“Kelaparan dan keadaan terdesak di Gaza mencapai tahap bencana. Makanan dan air yang dihantar ke dua hospital di utara Gaza pada 23 Dis diambil secara paksa oleh orang ramai yang terdesak untuk makan,“ lapor Sputnik memetik kenyataan pejabat Al-Mandhari di X pada Isnin.

Beliau berkata hampir 2.2 juta orang di wilayah Palestin kini “dalam krisis atau tahap ketidakjaminan makanan yang teruk”.

Pada 8 Dis, pengarah Agensi Kerja dan Bantuan PBB untuk Palestin di Gaza, Thomas White berkata beberapa kenderaan PBB telah dibaling batu dan konvoi bantuan dirompak dalam keadaan ketenteraman awam terjejas di Semenanjung Gaza.