Konvoi Kenderaan Bawa Najib Razak Tinggalkan Istana Kehakiman, Tuju Penjara Sungai Buloh

23 Aug 2022 • 6:46 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Konvoi bawa Najib Razak tinggal Istana Kehakiman, tuju Sungai Buloh

Konvoi kenderaan yang membawa Datuk Seri Najib Razak dilihat meninggalkan Istana Kehakiman kira-kira pukul 5.43 petang tadi.

Menurut perkongsian. ringkas dibuat BERNAMA, konvoi berkenaan akan menuju ke Penjara Sungai Buloh dan diiringi oleh Polis Diraja Malaysia.

Terdahulu, pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan setiap tiga pertuduhan pengubahan wang haram, dan penjara 12 tahun serta denda RM210 juta (jika gagal bayar, penjara lima tahun) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda.

Sumber: BERNAMA