
LAHAD DATU: Seorang koperal polis berusia 44 tahun maut apabila van polis dipandunya dihempap pokok tumbang di Jalan Gelugor, Felda Sahabat 16, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah, ACP Dzulbaharin Ismail berkata, Koperal Zeno Gungoh sedang memandu dari arah Komtek Sahabat 16 Pasukan Gerakan Am (PGA) menuju ke Pantai Sahabat 16 ketika kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang.
“Sebaik tiba di lokasi, sebatang pokok di bahu kanan jalan tiba-tiba tumbang dan menghempap van dipandu mangsa.
“Kejadian itu turut disaksikan seorang lagi anggota polis yang kebetulan sedang menunggang motosikal dari arah bertentangan,” katanya, menambah siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Dzulbaharin dalam kenyataannya pada Jumaat turut berdukacita dengan kejadian itu dan berharap siasatan berhubung kejadian itu dapat disegerakan bagi memudahkan urusan keluarga mangsa.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati semasa memandu supaya tidak membahayakan nyawa dan pengguna jalan raya yang lain.
Mangsa adalah seorang anggota PGA dan berkhidmat di bahagian Pengangkutan di Batalion 17 Lahad Datu.
Mangsa juga bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dan pernah berkhidmat ketika kejadian pencerobohan di Kampung Tanduo.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

