Koperasi Perusahaan Progresif Komuniti Daerah Semporna Berhad disaran manfaatkan dana pembangunan

LocalBusiness & Finance
9 Feb 2025 • 2:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

SEMPORNA: Koperasi Perusahaan Progresif Komuniti Daerah Semporna Berhad (KopPPKDS) disaran lebih agresif dalam merebut peluang dengan dana pembangunan ekonomi serta dana perusahaan yang disediakan oleh kerajaan Sabah.

Penolong Pegawai Daerah Semporna, Abd Azis Abd Bool berkata dengan dana itu boleh memajukan tanah terbiar, kawasan pesisir laut termasuk pulau-pulau pelancongan di Semporna.

AdvertisementKatanya, di Semporna masih ada lagi pulau-pulau pelancongan yang perlu dimajukan oleh pemilik pulau yang juga ahli koperasi seperti Pulau Pom-Pom, Pulau Pandanan Kecil dan Pulau Timba-Timba.

“Industri pelancongan di Semporna ini cukup berkembang pesat dengan kehadiran pelancong dari pelbagai negara seramai lebih kurang 60,000 pelancong setiap bulan,” katanya.