Koperasi Sabah berpotensi besar basmi kemiskinan

22 Jul 2023 • 2:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Gerakan koperasi mempunyai potensi besar dalam membasmi kemiskinan selaras dengan inisiatif Sabah Maju Jaya menjelang 2025, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

“Terdapat 1,707 koperasi berdaftar di Sabah. Ini menjadikan Sabah negeri kedua tertinggi dalam bilangan koperasi selepas Selangor.

“Dengan keahlian kira-kira 350,000 orang, tujuh gerakan koperasi di Sabah berjaya mencatatkan pendapatan kira-kira RM570 juta,” katanya pada Majlis Apresiasi Bulan Koperasi Negara, malam Khamis lepas.