Kopitiam Ala Moden Di Saradise, Duduksama Kopitiam Ini Jadi Port Sarapan Baharu Di Kuching

15 Jan 2023 • 9:56 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kopitiam ala moden baharu di Kuching!

Kopitiam Ala Moden Di Saradise, Duduksama Kopitiam Ini Jadi Port Sarapan Baharu Di Kuching. Port sarapan pagi di Saradise, Duduksama Kopitiam menyediakan pelbagai menu menarik buat para pelanggannya.

Salah satu port syurga makanan di Kuching, Saradise adalah tempat yang paling sesuai buat para pencinta makanan di luar sana.

image is not available
Kopitiam Ala Moden Di Saradise, Duduksama Kopitiam Ini Jadi Port Sarapan Baharu Di Kuching. Kredit foto: Facebook Ambrose Josephine

image is not available
Kredit foto: Facebook Ambrose Josephine

Menyediakan pelbagai menu menarik

Daripada menu masakan tempatan sehingga menu makanan barat, Duduksama menyediakan pelbagai jenis makanan enak untuk anda cuba.

Antara menu yang disediakan di sini adalah, Laksa Sarawak, Dip Bun Salted Egg, Nasi Lemak, Chicken Curry with Rice, Salted Egg Chicken With Rice, Milo Volcano, Sirap Bandung Cincau, ABC dan banyak lagi menu menarik yang lain.

Kopitiam muslim friendly ala moden di Saradise ini bukan sahaja menyediakan pelbagai menu menarik malah suasana di dalam kopitiam ini juga amat selesa!

image is not available
Kredit foto: Facebook Jim

image is not available
Kredit foto: Facebook Jim

Waktu beroperasi

Beroperasi seawal jam 6.30 pagi dan tutup pada jam 5.30 petang, Duduksama Kopitiam buka setiap hari untuk para pelanggannya.

Jadi buat anda di luar sana yang mencari port makan baharu di Kuching, apa kata anda cuba makanan di Duduksana Kopitiam di Saradise ini.

Lagi port makan menarik di Saradise buat anda di sini: