Kor Ming tunjuk MyKad, Fadhli Shaari tegaskan kewarganegaraan bukan sekadar tunjuk MyKad biru

LocalPolitics
26 Jul 2026 • 11:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan semangat kebangsaan sebagai rakyat Malaysia tidak boleh dinilai hanya dengan memiliki kad pengenalan biru, sebaliknya perlu dibuktikan menerusi tindakan serta komitmen terhadap agenda nasional.

Ketua Penerangan Pas itu berkata, status sebagai warganegara tidak membawa makna sekiranya tidak disertai usaha memperkukuh sistem dan identiti negara, sambil mengingatkan bahawa majoriti banduan di penjara juga merupakan pemegang kad pengenalan biru.

“Apa guna kita bercakap berdegar-degar tentang ‘saya anak Malaysia’, sedangkan DAP masih tegar memperjuangkan sistem pendidikan luar seperti Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan mengenepikan sistem pendidikan kebangsaan yang ada dalam negara.
“Apa guna bercakap berdegar-degar mengenai identiti nasional sedangkan suatu ketika dahulu pemimpin DAP pernah menggunakan bahasa Mandarin dalam urusan rasmi kerajaan, malah sejarah negara sendiri pun tidak difahami,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Image from: Kor Ming tunjuk MyKad, Fadhli Shaari tegaskan kewarganegaraan bukan sekadar tunjuk MyKad biru

Beliau dipercayai mengulas tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming yang sebelum ini menunjukkan kad pengenalannya bagi menegaskan identiti serta semangat sebagai ‘Anak Malaysia’.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli turut membangkitkan cadangan DAP untuk memasukkan peranan parti itu dalam silibus sejarah sekolah serta tindakan menukar nama Jalan Temiang di Negeri Sembilan kepada nama pengasas DAP kebangsaan.

Image from: Kor Ming tunjuk MyKad, Fadhli Shaari tegaskan kewarganegaraan bukan sekadar tunjuk MyKad biru

“Adakah negara dan semangat kebangsaan negara ini perlu mengikut acuan dan kehendak DAP?” soalnya.

Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan pendekatan dwistandard yang didakwa diamalkan DAP dalam isu perpaduan dan politik kaum.

“Adakah ini perpaduan sebenar versi DAP?” soalnya lagi.

Sumber: Fadhli Shaari

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved