Kor Suksis tunjuk skil lancarkan trafik sempena konvokesyen

LocalTechnology
16 Nov 2024 • 7:00 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Musim konvokesyen membabitkan sebilangan besar universiti dan institusi pendidikan tinggi (IPT) di seluruh negara menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan dalam kawasan kampus.

Meninjau ke laman sosial Facebook Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Utara Malaysia (UUM), Sinar Bestari dapati skil atau kemahiran Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (Kor Suksis) digunakan sepanjang tempoh itu.

image is not available

Menurut hantaran HEP UMM, kehadiran hampir 10,000 orang membabitkan graduan dan ahli keluarga sepanjang tempoh upacara konvokesyen berlangsung, pekarangan termasuk kampus UUM, Sintok menjadi sangat sesak dan padat dengan pertambahan kenderaan.

Berikutan itu, Jabatan Keselamatan Univerisiti yang berperanan dalam kawalan keselamatan dan trafik bertungkus-lumus di samping bantuan anggota Kor Suksis yang terdiri daripada pelajar UUM sendiri.

Sinar Bestari ucapkan tahniah kepada UUM, Sintok kepada Kor Suksis yang tampil membantu melancarkan trafik sempena musim konvokesyen itu.

Kalau bukan anda membantu, siapa lagi? Nanti, apabila giliran anda mengambil skrol, akan ada Kor Suksis junior yang menjadi penyambung usaha itu.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved