“Korang Lah Terpaling Juri Masterchef” – Fazley Yaakob Tegur Pelanggan Marah Makanan Tak Sedap Di Bulan Puasa

LocalFood
25 Feb 2026 • 1:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Masuk bulan puasa, bukan setakat lapar dan dahaga je kena tahan, tapi emosi pun sama kena jaga.

Namun, masih ada yang mudah ‘naik angin’ apabila makanan dibeli tak kena dengan selera masing-masing.

Fazley Yaakob nasihat bawa bersabar ketika makan di luar

Perkara ini turut menarik perhatian cef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob yang tampil menegur sikap segelintir pelanggan yang terlalu cepat marah apabila makanan dirasakan tidak sedap.

Menerusi satu perkongsian di Thread, Fazley Yaakob menitipkan pesanan supaya orang ramai lebih bersabar jika makanan yang dipesan tidak menepati citarasa.

image is not available

Jelas beliau, bukan semua makanan yang tidak kena di tekak kita bermaksud ia gagal sepenuhnya. Ada sahaja pelanggan lain yang mungkin masih boleh menikmatinya.

Fazley Yaakob yang merupakan juara MasterChef Selebriti ini berkata, pelanggan tak perlu sombong dan memaafkan je kelemahan dalam masakan.

Pssttt! Bulan puasa bukan sekadar tahan lapar, tapi tahan sabar. Kalau makanan kurang rasa, tegurlah dengan cara baik. Kita mungkin kecewa, tapi pekerja dapur pun sedang berpuasa dan berusaha buat yang terbaik.

Kredit: Thread Fazley Yaakob
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Korang Lah Terpaling Juri Masterchef” – Fazley Yaakob Tegur Pelanggan Marah Makanan Tak Sedap Di Bulan Puasa appeared first on Oh! Media.