Korang Peminat Genshin Impact? Jom Serbu Domino's Pizza Dapatkan Merchandise Istimewa Mereka!

Food
15 Sep 2022 • 11:52 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Wow, ini ada satu berita gembira untuk peminat Genshin Impact iaitu sebuah permainan berperanan atau aksi popular yang bukan asing lagi bagi warganet!

Domino's Pizza Malaysia dan Singapura telah berganding bahu dengan Genshin Impact serta pemboleh hiburan digital terkemuka - UniPin dalam menjalin kerjasama eksklusif mengeluarkan koleksi, barangan berjenama dan hidangan piza istimewa khusus bagi peminat setia mereka.

Penggemar Domino's Pizza kini boleh mendapatkan koleksi khas Genshin Impact menerusi kombo 'Emergency Food' mereka.

image is not available

Emergency Food Combo (1-2 orang) RM29.95

1 Regular Pizza + 1 Bread Side + 1 Tin Air Berkabornat

Beg Non-Woven x 1 pc

Lencana Butang x 1 pc

Poskad Chibi x 1 pc

Emergency Food Combo (3-4 orang) RM59.90

2 Regular Pizzas + 1 Bread Side + 1 Chicken Side + 1 Botol Air Berkabornat (1.5L)

Beg Non-Woven x 1 pc

Lencana Butang x 1 pc

Poskad Chibi x 1 pc

Fail Saiz A4 x 1 pc

Poskad Twin Traveler x 1 pc

image is not availableimage is not available

Kolaborasi terbaharu itu akan melibatkan beberapa cawangan Domino's Pizza terpilih yang turut dihiasi dengan dekorasi dalaman bertemakan Genshin Impact.

Bukan itu sahaja, malah satu siri roadshows di seluruh negara turut akan dilakukan di mana peminat Genshin Impact serta pelanggan Domino's Pizza berpeluang memenangi cabutan bertuah dan pelbagai aktiviti serta pertandingan yang menyeronokkan seperti mengambil gambar di dalam restoran Domino's dengan barangan berjenama Genshin Impact.

image is not available

image is not available

Roadshows berkenaan akan bermula dari Kedah pada esok (16 September) diikuti sembilan negeri lain dari 17 September hingga 23 Oktober.

Roadshows bermula pada pukul 12 tengah hari hingga 6 petang.

Bagi mengetahui lebih lanjut korang boleh dapatkan maklumat di Laman Rasmi Kolaborasi ini.

image is not available

image is not available

View Original Article