“Korang Punca, Semua Rahsia Dalam Poket Aku” – Netizen Duga Nabil & Jihan Punca Kak Lina Undur Diri

17 Oct 2023 • 10:44 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Satu program realiti terkenal di Malaysia telah menjadi bualan netizen apabila Elly Mazlein atau dikenali sebagai Kak Lina telah mengundurkan diri dari menjadi pengacara program itu baru-baru ini.

Sejak kejadian tersebut, hangat dibicarakan di media sosial tentang alasan sebenar tentang sebab Kak Lina mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Seorang individu di aplikasi X semalam telah mencuri perhatian netizen apabila dia memuat naik satu kenyataan yang menyatakan Dato’ Ramli M.S ada berkata ‘sesuatu’ kepada Jihan dan Nabil.

Tok Ram ada sebut “Haa korang ni punca, semua rahsia dalam poket aku”. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang membuatkan Kak Lina tak continue jadi pengacara.

Berdasarkan apa yang ditulis, individu ini menduga Nabil dan Jihan adalah punca kenapa rakan pengacara mereka itu menarik diri walaupun apa yang diwar-warkan oleh Kak Lina adalah disebabkan hal peribadi.

Sebelum ni Kak Lina yang balance kan mereka berdua, tapi bila dua-dua host kaki mengutuk, memang tak boleh go dah.

image is not available

Sumber : Twitter  

Melihat ke ruangan komen, rata-rata turut setuju bahawa ketiadaan Elly kali ini membuatkan program tersebut terasa sendu dan semakin tak relevan.

Ada yang sokong jika Kak Lina tidak sambung menjadi pengacara di atas pentas, ada juga yang rindu dengan lawak dan personalitinya. Walaubagaimanapun, itu telah menjadi keputusan dari pihak berkenaan dan Kak Lina sendiri.

Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Dahla OKU Penglihatan, Nama Bapak Pula Dibuat Main" - Jihan Muse Dikecam Permainkan Nama Azmi Saat Di ASGV