“Korang Tak Kenal Dia!” – Bercinta Sejak Tingkatan 4, Rakan-Rakan Bertegas Suspek Orang Yang Baik

5 Jul 2022 • 1:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, viral di rata-rata media sosial mengenai tindakan seorang lelaki yang menaiki motosikal dalam keadaan berbogel dan dipercayai telah terlibat dalam kes bunuh anak dan isteri.

Kejadian menyayat hati itu bukan sahaja mengejutkan orang ramai malah ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa dan suspek.

Namun, pelbagai spekulasi yang timbul berikutan kes tersebut termasuk mendakwa suspek telah mengambil barang terlarang akibat tekanan dari tempat kerja dan kewangan.

image is not available

Tampil menepis tuduhan, rakan-rakan suspek yang dikenali sebagai Eykaa Sajee dan Hisham Rashid telah meminta orang ramai agar tidak membuat andaian sendiri kerana suspek dikenali sebagai seorang yang baik serta suami yang penyanyang.

Bukan itu sahaja, seorang lagi rakan bernama Shira Sharel berkata dia telah mengenali kedua pasangan itu sejak dari bangku sekolah dan memaklumkan mereka telah bercinta sejak dari tingkatan 4 dan mengatakan suspek merupakan pelajar yang baik, hormat orang tua serta bukan seorang pelajar yang nakal untuk mengambil barang terlarang.

image is not available

Terdahulu, bapa mangsa, Rosman Ahmad turut tidak menyangka suspek melakukan jenayah itu kerana melihat anak perempuannya hidup bahagia bersama suspek dan tidak pernah melihat mereka bergaduh besar.

Dia menantu yang baik dan bukanlah seorang panas baran.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 jam lalu

"Menantu Mungkin Ada Masalah Di Tempat Kerja" - Bapa Mangsa Kelar Suami Sendiri