Korban banjir Nepal cecah 903, lebih 4,200 masih hilang

31 Aug 2026 • 2:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Korban banjir Nepal cecah 903, lebih 4,200 masih hilang

KATHMANDU: Jumlah korban akibat banjir dahsyat di Nepal meningkat kepada sekurang-kurangnya 903 orang, manakala 4,247 lagi masih hilang ketika operasi mencari dan menyelamat memasuki hari keenam pada Isnin.

Menurut pihak berkuasa bencana Nepal, jumlah mangsa hilang itu termasuk 592 warga asing dan 933 pekerja projek tenaga hidroelektrik di sepanjang sungai yang dilanda arus deras.

Kemas kini agensi bencana Nepal pada Isnin turut merekodkan 3,655 rakyat tempatan masih hilang.

Daerah Nuwakot mencatatkan peningkatan ketara dengan 1,158 orang dilaporkan hilang, berbanding 115 pada Ahad, manakala 562 lagi masih belum ditemukan di daerah Rasuwa.

Antara yang hilang termasuk 45 anggota tentera Nepal, 38 anggota polis serta 19 pegawai kastam dan imigresen.

Di Tibet, media kerajaan China mengesahkan 16 kematian dan 546 orang masih hilang akibat bencana yang berlaku minggu lalu, menjadikan jumlah keseluruhan korban di Nepal dan Tibet kepada 919 orang, manakala 4,793 masih hilang.

Sementara itu, pihak berkuasa di negeri Uttar Pradesh, India, menemukan 17 mayat dari sungai yang mengalir dari Nepal dan dipercayai mangsa banjir.

Mayat berkenaan sedang dikenal pasti dan belum dimasukkan dalam angka korban.- AFP

The post Korban banjir Nepal cecah 903, lebih 4,200 masih hilang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved