Korban gempa Turkiye-Syria cecah 21,000 mangsa

10 Feb 2023 • 11:20 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

ANKARA : Sudh lebih 21,000 orang terbunuh dan puluhan ribu cedera sejak gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda Turkiye dan Syria pada Isnin.

Pegawai perubatan di Turkiye dalam kenyataannya berkata bahawa 17,674 kematian dicatat di Turkiye, manakala kumpulan penyelamat Syrian White Helmets pula memaklumkan, 3,377 orang meninggal dunia di Syria.

Sekurang-kurangnya 78,124 orang cedera di Syria dan Turkiye, manakala agensi pengurusan bencana Turkiye dalam kenyataannya berkata, kira-kira 28,044 penduduk telah dipindahkan dari Kahramanmaras, salah satu wilayah di selatan Turkiye yang paling teruk dilanda gempa bumi Isnin lalu.

Pekerja penyelamat kini kesuntukan masa untuk mencari mangsa yang terselamat dari bangunan yang runtuh. Beberapa kejayaan yang menggembirakan dilihat di Turkiye, tetapi kumpulan bantuan berkata harapan semakin pudar di barat laut Syria.

Mangsa yang terselamat, kebanyakannya kehilangan tempat tinggal dan cuaca yang sejuk serta bersalji boleh mengakibatkan keadaan menjadi lebih teruk,” kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada Khamis.

MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA

image is not available

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved