
Minggu ini kami laporkan pejabat Presiden Korea Selatan mengadakan pertemuan kecemasan bagi menangani masalah penipuan dalam peperiksaan kebangsaan menggunakan kecerdasan buatan (AI). Isu dianggap serius kerana sama ramai penipu ditangkap dan calon yang mencatatkan markah tertinggi pula mengaku beliau menipu dalam peperiksaan penilaian perakaunan kebangsaan.
Cermin mata AI telah digunakan dalam beberapa kes penipuan dengan ia perlu disambung kepada telefon pintar untuk berfungsi. Antara langkah yang dicadangkan ialah menggunakan kamera termal mencari peranti pintar yang cuba disorok. Tetapi semalam sebelum Peperiksaan Kemasukan Universiti (CSAT) berlangsung, sistem amaran kecemasan diaktifkan. Hasilnya seramai 22 calon peperiksaan berjaya ditangkap cuba melakukan penipuan.

Sistem ini sepatutnya digunakan untuk memberi amaran awal berlakunya bencana alam seperti banjir, taufan dan gempa bumi. Sistem amaran awal yang serupa akan diuji di Malaysia pada 29 November depan.
Telefon pintar akan mengeluarkan bunyi penggera yang lantang pada tetapan audio tertinggi apabila menerima sistem amaran kecemasan walaupun ia diletakkan dalam mod senyap. Jika calon peperiksaan menyorokkan peranti pintar, ia akan segera dikesan oleh pengawas peperiksaan.
Penggunaannya untuk situasi bukan kecemasan di seluruh Korea Selatan semalam menunjukkan betapa seriusnya kerajaan negara ini cuba mengelakkan penipuan. Sebelum kesemua keputusan peperiksaan dipertikaikan oleh warga negara, kesemua bentuk menghalang penipuan perlu diambil. Calon yang ditangkap menipu kini dihalang mengambil CSAT selama tiga tahun berbanding hanya setahun sebelum ini.
Sumber – Korea Herald




