Korea Selatan enggan terheret dalam perang Asia Barat

WorldPolitics
18 Sep 2026 • 4:24 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Korea Selatan enggan terheret dalam perang Asia Barat

SEOUL: Korea Selatan tidak akan mengerahkan aset ketenteraan ke Asia Barat jika langkah itu boleh menyebabkan negara berkenaan terheret ke dalam peperangan.

Bagaimanapun, Presidennya, Lee Jae Myung, berkata Seoul sedang menilai kemungkinan memainkan peranan lebih besar dalam melindungi laluan perkapalan di rantau itu, terutama bagi memastikan keselamatan kapal dagang dan penghantaran minyak mentah.

“Tidak akan ada pengerahan yang boleh melibatkan kami atau membawa kami ke dalam peperangan. Saya boleh menyatakannya dengan jelas,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata Korea Selatan tidak akan mengerahkan aset ketenteraan dalam apa juga bentuk untuk menyokong tindakan yang boleh membawa negara itu ke dalam konflik.

Namun, Lee mengakui Seoul perlu mengambil langkah minimum seperti negara lain bagi melindungi kepentingan perdagangan dan keselamatan rakyatnya.

“Jelas juga bahawa kita mesti melakukan perkara minimum seperti negara lain untuk melindungi perkapalan komersial dan penghantaran minyak mentah kita, selain keselamatan rakyat kita,” katanya.

Korea Selatan kini mengekalkan kehadiran tentera laut di luar pantai Somalia bagi misi membanteras lanun.

Pendirian itu dibuat ketika Seoul berdepan gesaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, supaya Korea Selatan memainkan peranan ketenteraan lebih aktif dalam menyokong Washington dalam perang di Iran.

Kerajaan Korea Selatan sedang meneliti kemungkinan mengerahkan aset ketenteraan ke Selat Hormuz, meskipun cadangan itu kurang mendapat sokongan dalam kalangan rakyat.

Trump sebelum ini mengkritik Seoul kerana didakwa memberikan sokongan tidak mencukupi terhadap perang di Iran.

Presiden AS itu turut mengurangkan skala latihan ketenteraan bersama antara angkatan bersenjata kedua-dua negara, langkah yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan sekutu Washington.- AGENSI

The post Korea Selatan enggan terheret dalam perang Asia Barat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved