Korea Selatan Ingin Membangunkan Model AI Tersendiri Seawal 2027

WorldTechnology
6 Oct 2026 • 8:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Korea Selatan Ingin Membangunkan Model AI Tersendiri Seawal 2027

Korea Selatan kini dilihat ingin membangunkan model AI mereka tersendiri, dan merancang untuk memperuntukkan tender berjumlah 4.7 trilion won atau sekitar RM14.345 bilion untuk tujuan tersebut.

Untuk tujuan berkenaan, kini kementerian berkaitan menantikan peruntukkan melalui belanjawan yang dijangka diluluskan pada Disember 2026 ini, dan seterusnya memilih pemenang tender yang akan bangunkan model AI berkenaan seawal Februari 2027 kelak.

Seterusnya, model AI berkenaan akan dibangunkan dengan kerjasama kerajaan dan swasta, termasuk dalam melibatkan pembangunan, pengurusan data, dan sebagainya. Langkah ini juga akan membolehkan Korea Selatan mempunyai model tersendiri dan tidak perlu bergantung kepada pihak luar, terutamanya Amerika Syarikat atau China dalam pembangunan mereka.

Selain Korea Selatan, beberapa negara turut sedang pertimbangkan pembangunan model masing-masing, apatah lagi dengan kerajaan Amerika Syarikat yang mengawal penawaran model AI kepada pihak luar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved