Korea Selatan Mengetatkan Undang-Undang Membawa Power Bank Di Dalam Penerbangan

TechnologyDigital
14 Feb 2025 • 3:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada penghujung bulan Januari, terdapat satu insiden sewaktu penerbangan Air Busan dimana sebuah kebakaran telah berlaku yang dilaporkan disebabkan oleh power bank yang meletup. Terkini, kerajaan Korea Selatan telah mengetatkan penggunaan dan penyimpanan aksesori pengecasan tersebut didalam penerbangan yang melibatkan syarikat penerbangan negara tersebut.

Bermula 1 Mac 2025, para penumpang penerbangan semua syarikat penerbangan yang berasal dari Korea Selatan tidak lagi dibenarkan untuk menggunakan aksesori power bank didalam penerbangan mereka. Ini adalah untuk tujuan mengecas peranti dan juga mengecas power bank tersebut.

image is not available

Malah, dengan undang-undang baru, penumpang kini diwajibkan menyimpan power bank mereka samada didalam kantung kecil ataupun beg plastik lutsinar, dimana palam-palam USB juga perlu ditutup dengan pita.

Jumlah kapasiti minima untuk power bank yang terkesan dengan undang-undang baru ini tidak diumumkan, jadi berkemungkinan besar kapasiti aksesori tersebut tidak dikira, dan semua

Berkenaan penyimpanan power bank penumpang, undang-undang baru ini juga mengatakan bahawa ia tidak boleh disimpan didalam kabin penyimpanan diatas tempat duduk pengguna, dan perlu sentiasa dipegang oleh pengguna, ataupun diletakkan didalam poket hadapan tempat duduk.

Untuk memberi kesedaran kepada kempen baru ini, beg plastik akan disediakan di kaunter-kaunter masuk penerbangan, dan penumpang akan diberitahu untuk menggunakannya untuk menyimpan power bank mereka sebelum mereka memasuki pesawat.