Korea Selatan Umum Projek Membangunkan Industri Cip, AI dan Robotik Bernilai 1 Kuadrilion Won

WorldTechnology
29 Jun 2026 • 4:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di Malaysia, projek pembangunan Cyberjaya, Putrajaya dan KLIA suatu ketika dahulu dilabel sebagai projek mega tiga serangkai kerana kos pembinaan mencecah puluhan bilion. Selepas hampir 30 tahun dibuka, ramai tidak lagi melihat ketiga-tiga mercu tanda ini sebagai projek mega tetapi pembinaan yang perlu bagi memacu industri teknologi negara. Hari ini Korea Selatan pula mengumumkan Tiga Projek Mega (Three Mega Projects ) yang akan menelan belanja 1 kuadrilionn Won (~RM 2.64 trilion).

Image from: Korea Selatan Umum Projek Membangunkan Industri Cip, AI dan Robotik Bernilai 1 Kuadrilion Won

Tiga Projek Mega ini diumumkan oleh Presiden Lee Jae-myung bagi membangunkan hab semikonduktor, pusat data kecerdasan buatan (AI) dan teknologi robotik Korea Selatan. Pada waktu yang sama ia akan memberikan rangsangan semula sektor ekonomi di luar Seoul. Pelaburan 1 kuadrilion Won ini akan dilakukan kerajaan Korea dalam tempoh masa 10 tahun.

Presiden Lee menegaskan Korea mesti menguasai elemen teras AI lebih cepat daripada negara lain. Korea Selatan kini berhadapan persaingan dengan negara jiran Taiwan, China dan Jepun yang turut meningkatkan pelaburan dalam kilang cip bagi memastikan masa depan sektor teknologi mereka.

Pengumuman dilakukan dengan majlis dihadiri oleh wakil syarikat terbesar Korea Selatan iaitu Samsung Electronics, SK Group, LG Electronics, HD Hyundai Robotics, Korea ​Electric Power Corp dan Korea Water Resources Corp. Di majlis yang sama, Samsung dan SK Hynix telah mengumumkan dua tapak fabrikasi cip besar-besaran baharu bernilai 800 trilion won (~RM 2.1 trilion)akan dibina bagi menyokong ekosistem penghasilan cip tempatan.

Sumber – YonHap , Reuters

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved