Korea Utara Dituduh Melakukan Rompakan Kripto Terbesar Dunia Bernilai $1 Bilion

TechnologyDigital
25 Feb 2025 • 3:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jumaat lalu kumpulan penggodam mencuri sebanyak 401,346 mata wang kripto Ethereum daripada laman Bybit yang pada ketika ini mempunyai nilai sekitar $1 bilion (~RM 4.43 bilion). Adalah dipercayai ini adalah kes rompakan kripto terbesar di dunia setakat ini. Beberapa hari selepas rompak dilakukan, penyelidik penipuan kripto ZachXBT menemukan bukti jenayah ini dilakukan oleh kumpulan penggodam Lazarus yang mempunyai hubungan dengan Korea Utara.

image is not available

Bybit mengatakan penggodam berjaya mengakses dompet kripto syarikat yang tidak disambung kepada internet. Selepas 401,346 Ethereum dicuri, ia kemudiannya dipindahkan ke beberapa alamat dompet digital yang digunakan oleh Korea Utara bagi melakukan pengubahan wang secara haram.

Walaupun majoriti warga Korea Utara tidak mempunyai akses kepada komputer dan internet, kumpulan penggodam ditubuhkan oleh kerajaan bagi menjana pendapatan secara haram. Pelbagai halangan ekonomi yang dikenakan menyebabkan Korea Utara tidak boleh melakukan perdagangan secara rasmi dengan negara luar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved