Kos bahan api: KDEBWM perlukan dana tambahan, pastikan operasi tidak terjejas - ADN

LocalBusiness & Finance
19 Jun 2026 • 10:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kos bahan api: KDEBWM perlukan dana tambahan, pastikan operasi tidak terjejas - ADN

SHAH ALAM, 19 JUN: Kerajaan Selangor disaran meneliti keperluan menyalurkan peruntukan tambahan kepada KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) bagi memastikan kelangsungan operasi kutipan sisa pukal yang semakin terkesan akibat peningkatan kos bahan api susulan krisis tenaga global.

Ahli Dewan Negeri Subang Jaya berkata walaupun lori kompaktor KDEBWM bagi kutipan sampah harian menerima subsidi diesel kerajaan Persekutuan, situasi berbeza berlaku bagi lori roll-on roll-off (RORO) yang digunakan untuk kutipan sisa pukal, pembersihan awam dan pemangkasan pokok.

Michelle Ng Mei Sze berkata ketidakseimbangan itu memberi tekanan langsung kepada kontraktor di lapangan sehingga menjejaskan operasi harian.

Image from: Kos bahan api: KDEBWM perlukan dana tambahan, pastikan operasi tidak terjejas - ADN
Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze berucap ketika Pembentangan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor fasa 2 dalam Sidang Khas Dewan Undangan Negeri Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 19 Jun 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Kontraktor yang mengendalikan lori RORO kini berdepan tekanan kos yang serius akibat kesan berpanjangan perang dan saya dimaklumkan mereka terpaksa membuat pilihan sama ada membayar gaji atau menampung kos diesel,” katanya ketika membahaskan Pakej Ketahanan Ekonomi Selangor (SREP) Fasa 2 pada sidang khas Dewan Negeri Selangor di sini, petang tadi.

Walaupun tidak berlaku gangguan menyeluruh, Michelle berkata sistem sedia ada mula menunjukkan tanda-tanda tekanan yang memerlukan perhatian serius.

Sehubungan itu, beliau menegaskan campur tangan segera pentadbiran negeri diperlukan bagi memastikan perkhidmatan kebersihan dan kesihatan awam tidak terjejas.

“Sektor ini memerlukan tambahan RM4 juta sebulan, dan saya berharap pembiayaan kecemasan ini dapat disalurkan oleh Kerajaan Negeri, sekurang-kurangnya untuk baki bulan tahun ini, bagi memastikan kesinambungan dan kelancaran operasi KDEBWM,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Urusan KDEBWM, Dato’ Ramli Mohd Tahir memaklumkan syarikat itu berdepan tekanan kos operasi yang ketara susulan kenaikan harga diesel.

Beliau berkata kos bahan api bagi kira-kira 850 lori RORO dianggarkan mencecah RM4 juta sebulan, sekali gus memberi kesan langsung kepada operasi pengurusan sisa di Selangor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved