Kos Baiki EV Terlibat Kemalangan Lebih Tinggi Dari Enjin Biasa? Kenapa?

LocalCars
14 Aug 2024 • 2:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kenderaan elektrik (EV) mungkin lebih murah untuk diselenggara, namun kos baik pulih selepas kemalangan adalah jauh lebih tinggi berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), dedah Persatuan Insurans Jerman (GDV) dalam laporannya.

Kos Baik Pulih EV

image is not availableimage is not available

Laporan tersebut mendedahkan bahawa kos pembaikan EV adalah antara 25 ke 30% lebih tinggi kerana kebanyakan kenderaan ini masih belum digunakan secara meluas, secara tidak langsung menjadikan akses kepada bekalan alat ganti yang mencukupi agak sukar.

Selain itu, walaupun EV tidak memerlukan penyelenggaraan sistem ekzos, suntikan bahan api seperti ICE dan sebagainya secara berkala, ketinggian kos baik pulih EV seringkali melebihi penjimatan penyelenggaraan ICE.

Harga Bateri yang Tinggi

image is not availableimage is not available

Tambah GDV, bateri yang mahal dalam kereta elektrik adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan kos baik pulih menjadi lebih tinggi. Faktor lain yang mempengaruhi kos adalah cara pengendalian kenderaan yang tidak betul selepas kemalangan dan semasa baik pulih.

image is not available

Selain itu, walaupun tiada risiko kebakaran, EV yang terlibat dalam kemalangan sering diletakkan dalam bekas pemadam api, yang merosakkan bateri sepenuhnya.

Kekurangan Kepakaran dan Data Diagnostik

image is not availableimage is not available

Terdapat juga kecenderungan di mana pihak bengkel sering menggantikan keseluruhan pek bateri selepas kemalangan, sedangkan pembaikan sel individu yang lebih murah sudah memadai. Kekurangan tenaga kerja yang memiliki kepakaran untuk tugas baik pulih EV juga menimbulkan masalah.

GDV turut menyatakan bahawa masih terdapat kekurangan data diagnostik yang boleh dipercayai untuk menentukan tahap kerosakan dan pembaikan yang perlu dilakukan.

Oleh itu, GDV mencadangkan agar bengkel, syarikat penundaan dan pasukan bomba diberikan latihan yang menyeluruh agar dapat menangani isu kerosakan bateri dengan cara yang lebih selamat dan menjimatkan kos.