Kos haji kekal RM33,000 - TH

LocalPolitics
18 Mar 2026 • 3:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Mustakim Mohamad bercakap pada sidang media mengenai pengumuman kadar agihan keuntungan TH di Menara TH hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR -  Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi jaminan bahawa kos menunaikan ibadah haji bagi musim 1447H/2026 kekal pada RM33,300.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Mustakim Mohamad berkata, meskipun konflik yang melanda Asia Barat ketika ini berpotensi memberi kesan kepada kos menunaikan ibadah haji pada tahun ini, TH akan menyerap sebarang peningkatan kos luar jangkaan.

Beliau berkata, hal ini kerana perjanjian dengan dua syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines dan Saudi Airlines telah pun dikunci lebih awal.

"Tabung Haji yakin kos haji tidak akan meningkat untuk 1447 Hijrah kerana kita telah pun mengambil kira peningkatan harga minyak ini dalam perjanjian sedia ada… ia telah pun mengambil kira sebarang perubahan harga minyak yang akan memberi kesan kepada kos penerbangan,” katanya.

Mustakim berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengumuman Agihan Keuntungan TH yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Bagaimanapun, beliau berkata, TH akan menyemak semula kos haji pada masa hadapan sekiranya konflik di Asia Barat berterusan bagi jangka panjang dan memberi kesan kepada harga minyak dunia.

Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain pula berkata, menerusi rundingan dengan kedua-dua syarikat, harga penerbangan telah dipersetujui untuk tempoh tiga tahun sekali gus melindungi jemaah daripada impak langsung kenaikan harga minyak global.- Bernama