
Rizab simpanan rakyat Malaysia semakin terhakis akibat kadar inflasi yang meningkat mendadak. Ramai juga yang terjejas daripada pandemik COVID-19. Ini menimbulkan risiko besar atas kesediaan kewangan mereka untuk menghadapi kecemasan.
Menurut Tinjauan Kesejahteraan Kewangan #2 oleh Sun Life Malaysia, sebuah syarikat insurans hayat dan takaful keluarga, hampir 68% (atau 7 daripada 10) rakyat Malaysia menyatakan peningkatan kos sara hidup sebagai halangan utama mereka untuk membina tabung kecemasan, atau mempunyai sebarang wang simpanan sama sekali.
Menurut 5,422 responden, 3 halangan utama mereka untuk menabung adalah:
1 – Peningkatan kos sara hidup – 68%
2 – Hutang peribadi/isi rumah yang tinggi – 12%
3 – Kehilangan pekerjaan atau pemotongan gaji – 8%
Setiap suku tahun, Sun Life Malaysia akan menjalankan tinjauan untuk memahami keperluan dan kebimbangan kewangan rakyat Malaysia. Menerusi hasil tinjauan, Sun Life Malaysia berharap agar ia dapat membantu rakyat Malaysia mengharungi cabaran dalam kehidupan sambil meneruskan aspirasinya sebagai rakan kongsi insurans dan takaful yang dipercayai.
Sun Life Malaysia bertekad untuk membantu orang ramai mencapai kesejahteraan kewangan sepanjang hayat dan menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Kos Sara Hidup, Hutang dan Kehilangan Pekerjaan Halangan Terbesar untuk Membina Dana Kecemasan
Hampir 68% responden tinjauan memilih peningkatan kos sara hidup sebagai punca utama yang menghalang mereka daripada menyimpan untuk kecemasan, selaras dengan kajian IPSOS baru-baru ini yang menunjukkan bahawa 70% rakyat Malaysia mengalami kesan inflasi. Inflasi yang melambung mendorong harga barangan dan perkhidmatan ke paras tertinggi – dimana orang ramai terpaksa berbelanja lebih banyak dan tidak mampu menabung.
Kadar inflasi yang meningkat bukanlah satu-satunya punca yang menyebabkan simpanan kecemasan menyusut. Sebanyak 12% responden mengakui bahawa mereka mengalami kesulitan membina dana kecemasan disebabkan oleh hutang peribadi atau isi rumah yang tinggi. Sementara itu, sekitar 8% atau 433 orang mengalami kesulitan menabung kerana kehilangan pekerjaan atau pemotongan gaji.
Keputusan pelaburan yang kurang baik (6.75%) dan perbelanjaan perubatan yang tidak dijangka (5.5%) juga merupakan faktor yang menyebabkan rakyat Malaysia sukar menabung.

4 Tips Mudah dari Sun Life Malaysia untuk Membina Dana Kecemasan
Amalan menyimpan wang adalah amat penting kerana ia akan membantu anda untuk mencapai matlamat hidup. Sebagai contoh, ramai orang menyimpan untuk persaraan, pendidikan anak-anak mereka, atau untuk membeli rumah. Selain itu, sekiranya berlaku sebarang kecemasan perubatan atau kehilangan pekerjaan, dana kecemasan tersebut dapat memberikan kestabilan kewangan.
Untuk membantu rakyat Malaysia mencapai matlamat kewangan mereka, Sun Life Malaysia mengesyorkan 4 tips mudah untuk membina dana kecemasan, iaitu:
- Mula secara kecil-kecilan - Anda digalakkan mempunyai 6 bulan jumlah perbelanjaan bulanan sebagai tabung kecemasan. Mula dengan mengetepikan jumlah yang kecil – seperti RM5 atau RM10 setiap minggu. Dengan cara ini, lama-lama amalan menabung untuk kecemasan akan menjadi mudah, bak kata pepatah “Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”.
- Asingkan dana anda - Apabila penghawa dingin rosak, anda mungkin tergoda untuk menggunakan dana kecemasan anda. Jangan! Dana kecemasan anda hendaklah diasingkan daripada dana simpanan lain. Hanya keluarkan jumlah yang anda perlu dari akaun semasa anda.
- Elakkan hutang - Kad kredit mungkin merupakan alternatif yang menarik semasa menghadapi keadaan darurat. Tetapi berhati-hati: kad kredit biasanya mengenakan kadar faedah yang tinggi atas hutang anda. Jadi, lebih baik bergantung pada dana kecemasan anda untuk mengelakkan bebanan kewangan di kemudian hari.
- Pertimbangkan pelan insurans/takaful simpanan - Pelan insurans/takaful simpanan dengan kadar pulangan yang baik membolehkan simpanan anda berkembang dari masa ke semasa. Anda juga boleh mempunyai akses mudah kepada dana simpanan tersebut.
Bagaimana Pelan Insurans/Takaful Boleh Membantu Anda Menabung
Pelan insurans/takaful boleh memberi manfaat untuk menabung dalam pelbagai cara. Sun Life Malaysia – rakan kongsi insurans dan takaful seumur hidup anda – menyediakan rangkaian pelan perlindungan yang komprehensif untuk memenuhi pelbagai peringkat kehidupan dan matlamat kewangan.
Anda boleh memilih pelan (seperti dua pelan di bawah) yang menggabungkan simpanan, pelaburan dan perlindungan, untuk membantu anda melindungi masa depan anda, mencapai matlamat kewangan dan memenuhi kewajipan agama anda:
- Sun Secure Saver-i adalah pelan takaful yang menggabungkan simpanan, pelaburan dan perlindungan untuk membantu anda melindungi masa depan kewangan anda dan orang tersayang. Anda boleh kekal dilindungi sambil menikmati potensi keuntungan melalui pelaburan semula daripada pembayaran tunai tahunan. Ia juga menawarkan tempoh pembayaran yang singkat dengan fleksibiliti untuk memilih terma pembayaran dan perlindungan yang paling sesuai dengan keperluan simpanan anda.
- Sun Hajj adalah pelan simpanan patuh Syariah yang membolehkan anda memenuhi kewajipan kewangan dan agama anda. Bagi umat Islam, menunaikan Haji adalah kewajipan yang penting dalam kehidupan. Sun Hajj, satu pelan takaful universal dengan perkongsian lebihan, direka untuk membantu memenuhi kewajipan ibadah Haji. Ia menawarkan perlindungan, simpanan dan fleksibiliti kewangan dengan caruman bulanan yang bermula daripada RM200.
Membina dana kecemasan tidak mudah, tetapi ia bukanlah mustahil. Dengan pengurusan wang yang bijak, anda boleh bermula dari kecil dan secara beransur-ansuran membina jaringan keselamatan kewangan anda.
Layari Sun Life Malaysia hari ini untuk mendapatkan lebih banyak sumber yang boleh membantu anda merancang dan mencapai matlamat kewangan anda, termasuk kalkulator wang simpanan dan petua belanjawan.
