Kos tinggi dan urusan permit perlahan, penternak lembu korban desak pendigitalan

LocalTechnology
24 May 2026 • 8:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kos tinggi dan urusan permit perlahan, penternak lembu korban desak pendigitalan

KUALA LANGAT, 24 MEI: Penternak lembu korban di negara ini berdepan pelbagai cabaran termasuk keperluan mempercepatkan proses permit perjalanan bagi melancarkan urusan ibadah korban.

Penternak, Mohd Zairi Sallehuddin, 49, berkata keperluan hadir secara fizikal ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengikut negeri lokasi pembeli menyukarkan urusan kerana mengambil masa serta menjejaskan kelancaran penternak.

Image from: Kos tinggi dan urusan permit perlahan, penternak lembu korban desak pendigitalan
Mohd Zairi.jpg

“Pembayaran dan pengambilan resit secara fizikal dilihat melambatkan proses kerana saya perlu mendapatkan wakil di negeri berkenaan untuk menguruskannya sebelum lembu dapat diserahkan kepada pembeli.

“Saya berharap sistem pembayaran dalam talian bagi permohonan permit perjalanan dapat dibangunkan supaya urusan menjadi lebih mudah, cepat dan efisien,” katanya ketika ditemui Media Selangor, baru-baru ini.

Menurut Mohd Zairi, dia juga berharap agar jabatan berkaitan dapat mempertimbangkan kemudahan pinjaman kepada penternak kecil selain mempercepatkan proses permit perjalanan bagi memudahkan urusan penghantaran lembu korban.

Dalam pada itu, Mohd Zairi berkata urusan pembelian melalui wakil turut menjadi cabaran apabila peranan orang tengah menyebabkan pihak masjid tidak berurusan secara terus dengan penternak, sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam tempahan dan penyerahan lembu korban.

Image from: Kos tinggi dan urusan permit perlahan, penternak lembu korban desak pendigitalan
Mohd Zairi Sallehuddin membersihkan lembunya di Kampung Olak Lempit, Kuala Langat pada 18 Mei 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Mohd Zairi menambah, pihaknya mengambil pengajaran dengan melaksanakan sistem bayaran deposit sebanyak 50 peratus bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pembeli agar membuat pilihan dengan bijak dan merancang pembelian lebih awal memandangkan harga lembu dijangka terus meningkat susulan kenaikan kos penternakan.