Kos Tunai Haji Dijangka Naik 11 Peratus Susulan Pasca Pandemik Covid-19

2 Oct 2023 • 4:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini, Lembaga Tabung Haji mendedahkan kos tunai haji dijangka naik hingga 11 peratus pada tahun depan bagi musim 1445H/2024M.

Menurut laporan Berita Harian, perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Pengerusinya, Tan Sri Azman Mokhtar selepas Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan Sahabat Korporat TH Bagi Musim Haji 1444H/2023M, di Dewan Besar TH, di sini, hari ini.

Kos tunai haji dijangka naik

image is not available

Difahamkan, faktor situasi ekonomi semasa pasca pandemik COVID-19 menyebabkan peningkatan kos tersebut pada tahun depan.

“Kita (sebelum ini) menjangkakan memang berlaku kenaikan setiap tahun bagi kos haji, iaitu sekitar lima hingga enam peratus setiap tahun untuk jangka panjang.

“Namun disebabkan pandemik COVID-19, kita menjangka kenaikan yang lebih, termasuk peningkatan kadar inflasi, situasi mata wang semasa, malah Arab Saudi menaikkan Cukai Nilai Tambah (VAT) sekitar lima hingga enam peratus.

“Selain itu, Kerajaan Arab Saudi turut melakukan perubahan pada sistem mereka, termasuk bagi permohonan visa… ini semua mempengaruhi kenaikan kos,” katanya.

image is not available

Berita lanjut akan menyusul.

Sumber: Berita Harian (Latifah Arifin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved