Kota Kinabalu duduki tangga ke-6 destinasi pilihan percutian rakyat Malaysia pada musim panas - Google

Travel
21 Jul 2023 • 4:17 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kota Kinabalu duduki tangga ke-6 destinasi pilihan percutian rakyat Malaysia pada musim panas - Google

zulfadli

21/07/2023 - 16:17

KUALA LUMPUR 21 Julai - Kota Kinabalu, Sabah menduduki tangga keenam destinasi popular yang ingin dikunjungi rakyat Malaysia pada musim panas ini, menurut Google.

Tokyo, Jepun merupakan destinasi paling teratas di carian Google Flight yang ingin dikunjungi rakyat Malaysia, manakala Bangkok, Thailand serta London, United Kingdom (UK) masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Selain itu, Langkawi, Kedah di tangga ketujuh dan Kuala Lumpur menduduki tempat kesembilan dalam carian Google Flight.

Ketua Industri Pelancongan Google Malaysia, Nick Drew berkata, pihaknya menganalisis destinasi yang menyaksikan jumlah pertanyaan tertinggi di Google Flights untuk Jun hingga Ogos 2023.

Katanya, para pelancong hanya perlu mencarinya di Google Flights, yang mana boleh membantu mereka meneroka destinasi dan menjejak harga untuk mencari serta menempah penerbangan seterusnya.

"Dengan munculnya kembali keinginan melancong dalam kalangan para pelancong, Google Flights memberi kami gambaran tentang tempat-tempat yang difikirkan rakyat Malaysia sempena cuti musim panas mereka yang akan datang.

"Kami mendapati bahawa para pelancong lebih sukakan destinasi Asia Pasifik (APAC), dan destinasi teratas mereka adalah Tokyo, Jepun. Malah, daripada 10 destinasi teratas, 9 berada dalam APAC dan tiga daripadanya adalah domestik," katanya dalam kenyataan media di sini.

image is not available
Tunku Abdul Rahman Marine Park di Kota Kinabalu, Sabah

image is not available

Nick berkata, dengan melihat data harga sejarah di Google Flights untuk penerbangan yang berlepas dari Malaysia, pihaknya mendapati harga biasanya paling rendah dalam tempoh 4 hingga 5 bulan, dengan purata harga menurun 139 hari sebelum berlepas.

"Tetapi, perlu diingatkan bahawa corak ini mungkin tidak tepat untuk laluan khusus pelancong, jadi perancangan dan tempahan awal biasanya merupakan idea yang baik.

"Dengan Google Flights, para pelancong boleh menetapkan notifikasi harga supaya mereka boleh dimaklumkan apabila harga penerbangan yang mereka minati turun ke bawah paras harga tertentu, dan ini boleh membantu menjimatkan sedikit wang tambahan yang boleh dibelanjakan semasa mereka melancong," katanya.

image is not available

Sementara itu, Nick berkata, selain daripada kunjungan pada musim panas, data juga mendapati perjalanan masuk teratas pada suku pertama 2023 lawatan bukan pemastautin ke Malaysia adalah dari Singapura, Australia dan Indonesia.

"Jika anda tertanya-tanya ke mana mereka hendak pergi, ia mungkin salah satu tempat berikut, iaitu Pantai Pengkalan Balak di Melaka, yang merupakan pantai tempatan yang popular untuk percutian pendek.

image is not available
Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu

"Taman KLCC, tempat rekreasi popular untuk orang tempatan dan para pelancong, atau Muzium Negara untuk mempelajari sejarah dan budaya Malaysia, kesemuanya merupakan kunjungan yang ideal jika anda memikirkan untuk bercuti secara domestik," katanya. - DagangNews.com